Polis Johor menahan sepasang suami isteri dan merampas sejumlah dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai 214,300 ringgit dalam dua serbuan berasingan di Johor Bahru, antara 4 petang hingga 8.00 malam, pada Khamis lalu.<br /><br />Lelaki dan perempuan warga tempatan yang berusia 42 dan 36 tahun itu ditahan ketika melakukan kegiatan pengedaran dadah di perkarangan tempat letak kereta, sebuah pusat membeli belah di Johor Bahru.
